Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Semasa hayat baginda Rasulullah SAW, baginda telah meriwayatkan, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Selepas kewafatan baginda SAW, terdapat beberapa khalifah umat Islam yang berusaha untuk merealisasikan sabda baginda itu. Antara khalifah tersebut ialah Sayyidina Ali bin Abi Talib (34 H), Sayyidina Muawiyah (84 H) dan Khalifah Harun Al Rasyid (165 H), namun kesemua usaha itu menemukan kegagalan.
Pada 27 Rejab 835H bersamaan 29 Mac 1432M, Sultan Muhammad II dilahirkan. Sejak dalam buaian lagi, seorang alim ulama, Syeikh Syamsuddin al-Wali telah meramalkan bahawa baginda bakal mencipta sejarah yang besar. Beliau telah berkata kepada ayahanda Muhammad II, Sultan Murad, "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.". Sejak itu baginda dilatih hidup bersederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.
Setelah menaiki takhta menggantikan ayahandanya pada usia 19 tahun, baginda mula menjalankan usaha untuk membuka semula Konstantinopel. Bagi merealisasikan sabda Nabi Muhammad SAW yang berkata bahawa kota tersebut bakal ditawan oleh pemimpin, tentera dan rakyat yang baik, maka baginda bukan sahaja berusaha menjadi pemimpin yang baik malahan mendidik bala tentera dan rakyatnya sebaik-baiknya.
Kepemimpinan beliau terserlah melalui sifat sederhananya. Baginda sendiri telah membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir bersama rakyat jelata ketika membina benteng Rumeli Hisarri. Perbuatan baginda telah menyebabkan ulama-ulama serta menteri-menteri berasa malu dan terpaksa ikut serta melakukan kerja-kerja berat itu.
Selain itu baginda berusaha menyediakan segala kelengkapan dan keperluan yang penting dengan rapi untuk menakluk kota itu seperti memperkukuh persenjataan. Kesemua ini bakal menjadi faktor kejayaan baginda dalam penaklukan itu kelak.
No comments:
Post a Comment