Now , nak share resepi chocolate cake moist . Cake ni kita kukus je . Kalau bake kuranglah 'moist'nya tu .. Senang je buat kek ni dan rasanya pun sedap . Amik resepi ni daripada blog cikgu suraya , cridit to owner . Bahan2 nya pun mudah didapati . Berlambak je kt kedai runcit tu ..
*Trliur tgk kek ni*
BAHAN A
Serbuk koko (1 cwn)
Gula Pasir (1 cwn)
Susu Cair (1 cwn)
Susu Pekat (1/2 cwn)
Minyak masak (1 cwn)
BAHAN B
Tepung gandum (1/1/2 cwn) -diayak
Soda Bikarbonat (1 sk) -diayak
Baking Powder (1 sk) -diayak
Telur (3 bji)
Esen Vanila (1 sk)
TOPPING
Serbuk koko (1 cwn)
Minyak masak (1cwn) *boleh guna margerin/buttercup
Susu Pekat (1 cwn)
CARA-CARA
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk . Kacau sebati dengan api kecil .
2. Pukul telur sehingga kembang ( lbh kurg 5 min) . Masukkan adunan bahan A dan gaul sekata .
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan bahan yang telah diayak sedikit2 .Kacau sebati .
5.Masukkan adunan ke dalam loyang/bekas .
6.Tutup dengan plastic wrapper/aluminium foil utk pastikan wap air tak masuk ke dalam adunan . *kalau tak buat pun takpe
7.Sementara itu , panaskan air kukusan .
8. Selepas air menggelegak , masukkan loyang ke dalam pengukus .
9. Kukus selama 1 jam .
10.Cucuk dengan garfu utk check sama ada masak atau tdk .
11.Sejukkan .
*boleh guna whisk / mesin
*klau tak wrap permukaannya tak lawa . Tp nnt nk cover dgn topping , so it's ok ..
*topping
12.Masukkan bahan-bahan topping ke dalam periuk .
13.Gaul sebati dengan api kecil .
14.Tuang ke atas kek .
Pastu bolehlah nak tabur cheeze ke chocolate cip ke mengikut citarasa sendiri . Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment